Monday, 13 April 2015

Lukisan Wajah



Antara lukisan-lukisan yg mummy hasilkan pada tahap permulaan.Melukis memerlukan penelitian dan fokus yg tinggi namun jika xdilengkapi dgn kaedah-kaedah yg betul blh m'jejaskan proses penghasilan sesebuah lukisan.
Buat masa nie mummy jarang sikit melukis sbb busy ngn benda laen.Tapi terasa nk menjinak lagi utk tingkatkan lg dlm bidang nie n takut gak lama tinggal melukis blh menyebabkan kemahiran asas hilang.
Apapun lukisan nie mummy just lukis pda kertas A4 jerr...Walaubagaimanapun t'dapat kemahiran lain utk melukis pada zaman serba canggih nie dgn menggunakan pelbagai software yg tdapat di pasaran especially adobe photoshop n illustrator.Kedua-dua software ni da cara penggunaanya yg tersendiri....:)
 

#ThePowerOfLife #DuniaHitamPuteh #DuniaPengemisQaseh

Monday, 6 April 2015

Warkah Cinta 'SETAHUN SEKALI' buat Ayah&Mama

Bismillahirahhmanirrahim...:)

Kali nie,mummy nk story about someone yg sgt istimewa dlm jiwa mummy,,yg m'bawa mummy mengenal cinta Allah,,yg m'bawa mummy m'jadi insan yg b'guna saat nie...ha..ha..ha..(b'guna larhh sangad!!).

Whose that the person??Kekasih??Thats answere is of kos my dad n my mom..Lelaki pertama yg menanam cinta pada mummy....dan wanita pertama yg bertakhta di hati mummy.

7 April 1985- Tarikh keramat buat kedua2 insan yg be'nama Mohamad Bin Hashim(tokdaddy)&Norhayati Binti Ahmad(tokmummy).Mereka sah b'gelar suami isteri pada tarikh nie.Dan pd tahun 1986 bertarikh 4 Februari 1986,lahirlah puteri sulong mereka merangkap 'mummy' larhhh..he..he..he!!!! :)

Tarikh (7 April 2015) adalah hari ulangtahun perkahwinan yg ke-30 bagi kedua2 insan yg istimewa di aty mummy.Selamat ulangtahun perkahwinan yg ke-30 buat mama&ayah.Kami m'doakan moga kalian b'bahagia hingga ke syurgaNya.Moga rahmat dan kasih syg Allah sntiasa bsama2 kalian.Kami doakan yg terbaik utk mama n ayah tersayang.Nany(mummy) dan adik2 syg mama n ayah kerana Allah.

                                          (Sweet Couple & Loving Parents)-Mama&Ayah

Bila b'cerita tntg mama n ayah sebak mulai menemani mummy...Pernah suatu ketika dulu wujud secalit asa benci pada kedua2 insan nie sbb mummy diluku bila sukar tangkap dlm kira2 matematik....dirotan dgn hanger(penyangkut baju) sbb tlanggar peraturan dlm umh bila da tetamu dtg bertandang...ditenyeh cabai hidup kat bhgian bibir sbb melawan cakap...pernah dihantuk kepala dgn adik (abangngah) sbb kerap bergaduh...sssshhhhh meleleh airmata mummy saat nie...bkn sbb geram tapi asa berterima kaseh sgt2 kt mama n ayah sbb tanpe semua yg dulu2 tu mungkin mummy tak dpt berdiri teguh hari ni...mungkin mummy takkan tau erti hidup yg sebenar.Kedua2 insan ni dh byk mengajar mummy supaya terus berani utk menyelam sedalam mana pahit hidup dan berjalan sejauh mana manis kehidupan di dunia ni.Ya Allah,,mummy bersyukur ke hadrat ilahi kerana dianugerahkn seorang ayh n mama spt mereka...jadikan mummy cahaya permata buat mereka...jadikan mummy org yg selalu  memanggil 'ayah' n 'mama' pd mereka.

Bila diselak smula kisah kasih serta syg mereka thadap mummy dan adik2 ,,,asanya tak sanggup mummy nk lepaskan peluang n masa yg ada utk happy kan mereka.Mereka dh byk berkorban utk kami..semata2 nk tgok kami bjaya di dunia n akhirat.Segalanya dikorbankn mereka.Harta,perasaan,tidur,makan,duit,keringat tertumpah hanya 1 sebab...sebab nk pastikan kami m'besar dgn bahgia walau perit yg tpaksa ditelan.

Ayah,,walau ayh hanya seorang pemandu lori...ayah memilih kerja itu itu membela kami,,kami tak pernah asa terhina sekalipun bahkan kami asa bangga dgn ayah sbb ayah dh berjaya didik kami mnjadi insan yg bertanggungjawab arini...Alhamdulillah

Mama,,walau mama hanya suri rumah,pengasuh budak2...xsemudah bila disebut..xsesenang bila diucap...walupun xnmpak dimata org luar hakikatnya kami ank2 mama tau dgn kerjaya cmtu mama tpksa main najis ank org lain namun kami tak pernah pandang rendah malah kami asa b'besar hati sbb Allah kurniaan sifat ibu yg lebih pada mama..mampu kongsikan kasih syg mama utk ank mama kepada ank org lain.Thanks Allah...krn jadikan aq sebahagian drp hidup kedua2 insan ini.....Alhamdulillah.

Habes sbungkus tisu dah nieh....adoiiiiiiii dah2 jgn nanges2 dah erk....Semoga kalian sahabat2 mummy dpt gunakan masa yg ada utk menghargai org tua masing2 sebelum terlambat.Usah kita sibuk dgn cinta yg berlainan jantina sdgkan cinta kita thadap ibu&ayah kita masih belom sempurna.Usah kita mgharap pd cinta lelaki jika cinta kita belom terbaik dianugerahkan buat ibu&ayah kita.Sejujurnya cinta pada Allah,Rasulullah S.A.W,ibu&ayah itu adalah cinta yg paling utama yg perlu kita kejar.

Sekian......"WARKAH CINTA 'SETAHUN SEKALI' BUAT AYAH&MAMA"

Salam kasih sayang..krn ALLAH :)